Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Cempaka

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Cempaka 8, Ampang, Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Cempaka, Pandan Cahaya, kawasan perumahan flat Pandan Indah, Kondominium Le Jardine, apartmen mewah Pandan Cempaka Townhouse, kondominium D'Pines dan Depoh Bas Pandan Indah.

Pelan stesen

GBagunan stesenPintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
AG Arah Selatan3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Pandan Indah)
AG Arah Utara3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Cahaya)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 296 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T350, T351, T352 dan bas Smart Selangor laluan AJ03 berkhidmat di stesen ini.